Robert Kuok dari Kumpulan Kuok
mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan aset
bernilai RM45.70 bilion, meskipun kekayaannya susut 8
.0 peratus.
Kekayaan Kuok gagal disaingi oleh
pemilik sebuah syarikat telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dan Tan Sri
Teh Hong Piow dari Public Bank.
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI
Corporation Bhd., pula terus mengekalkan kedudukan di tempat keempat,
manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed
Mokhtar Albukhary, berada di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 orang terkaya di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia
, Tan Sri Tony Fernandes pula berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.
Malaysian Business berkata, aset 40
orang terkaya di negara ini adalah berasaskan nilai pegangan mereka
dalam syarikat-syarikat senaraian awam sehingga 20 Januari 2012.
Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42
.99 bilion, tetapi ia menyusut kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.
Hong Piow secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.
Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Shin Cheng
(IOI
Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala Syed Mokhtar
dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group —
menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.
Penerbitan itu melaporkan gabungan aset
40 orang terkaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit
dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.
Nilai aset 40 orang paling kaya di
Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20
Januari, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas,
lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari.
Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat kemasukan tiga jutawan di dalam senarai tersebut berbanding 27 pada 2011.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion
.
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group)
turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai
RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.
Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.
Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan
Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng
masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan
10.
Aset Hiew King dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Beng Seng menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.
Tiga jutawan baharu yang menyertai
senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai
Corporation Bhd., dan Ngau Boon Keat
(Dialog
Group Bhd.), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed
Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd.) kembali tersenarai selepas empat tahun.
Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat
mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan
senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace.