Friday 20 May 2011

Rare Earth (Tanah Jarang)?

Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang/susah ditemui yang terkandung dalam bumi.  Tanah akan dikorek untuk diproses bagi mengeluarkan mineral dan batuan yang kemudiannya bahan ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan/produk. 
Beberapa jenis Rare Earth dan produk ialah:-

Scandium
Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa

Yttrium-
Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro

Lanthanum
Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera

Cerium
Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic

Praseodymium
Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan

Prometium
Batteri Nuklear

Thulium
Pembuatan mesin X-Ray mudah alih

Ytterbium
Agen pengurangan kimia, laser inframerah

Terbium
Pembuatan lampu kalimantan, laser

Gadolinium
Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI

Neodymium
Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik

Bantahan Lynas..


Bantahan pembinaan kilang Australia iaitu Lynas Corporation yang berpangkalan di Gebeng telah dibuat oleh ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana dikatakan memproses ‘rare earth’ yang menghasilkan sisa buangan kimia.
Bantahan itu menghimpunkan 1,000 tandatangan penduduk tempatan  yang tidak senang dengan kelulusan pembinaan kilang kerana ia dijangka menghasilkan sisa buangan kimia bersifat radioaktif.
“Kita dapat tahu yang kilang itu akan menghasilkan sejenis sisa kimia yang dikenali sebagai torium dan bersifat radioaktif.
“Hari ini, kita mengumpulkan 1,000 tandatangan membantah pembinaan kilang itu,” katanya pada sidang media ‘Rare Earth’ di Christian Praise Centre di sini, petang ini.
Fuziah, Naib Presiden KEADILAN itu yang bercadang menghantar petisyen ke Parlimen hujung bulan ini mewakili rakyat Kuantan, berkata, sisa buangan kimia  kilang itu boleh mengakibatkan kecacatan dan membawa pelbagai penyakit barah.
Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang meluluskan pembinaan kilang itu kerana tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat dan negara.
“CEO Lynas, Nick Curtis sendiri mengakui pihaknya hanya akan menggunakan khidmat kerja seramai 450 orang sahaja.
“Sudah pasti tidak menjamin apa-apa keuntungan kerana peluang pekerjaan terhad, sebaliknya kerajaan pula membuat tawaran 12 tahun operasi tanpa membayar cukai,” katanya
Fuziah berkata, torium mengambil masa beribu-ribu tahun untuk dilupuskan dan boleh membawa kesengsaraan kepada rakyat seperti yang pernah berlaku di Bukit Merah, Perak 30 tahun dahulu.
“Di Perak, kejadian sama mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat sehingga hari ini kerana bahan kimia itu mengambil masa 1,500 tahun untuk lupus,” katanya.
Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kilang itu tetapi pihaknya tidak akan berdiam diri lantaran ia menjejaskan alam sekitar dan keselamatan rakyat.
Katanya, kelulusan bagi pembinaan kilang itu diluluskan  pada 2008 dan proses pembinaannya kini mencapai 70 peratus siap serta dijangka beroperasi bila-bila masa.

Lynas Di Gebeng Kuantan ??

By S Pathmawathy
May 15, 11 | Malaysiakini


At least four people were arrested in Kuantan, Pahang today during at a rally organised by the anti-Lynas Advanced Material Plant (LAMP) movement.

The protestors had gathered in front of DAP’s service centre in the state capital at about 11.30am.

Barely 10 minutes into the demonstration, the police had moved in.

DAP Pahang publicity secretary Chow Yu Hui and organising secretary Lee Chin Chen as well as Khor Huey Ying and Thing Siew Shuen, from the DAP’s headquarters were arrested.
The proposed construction of the anti-rare earth plant in Gebeng, some 25km northeast of Kuantan, has sparked much public outrage over fears of potential radiation poisoning and its effects on the communities living in and around the industrial area.

Both the Australia-Lynas and the government have given assurances that the plant’s operations would produce only negligible levels of radiation.

They also said the project would differ from the controversial Asian Rare Earth factory run by Mitsubishi Chemical in Bukit Merah, Perak, that operated in the 1980s and 1990s.

However, opponents of the project stressed that concerns over radiation poisoning were inevitable as there has so far been no clear plan on how and where the plant’s waste materials – said to be a major source of radiation – would be disposed.

Proponents recently announced that the UN nuclear agency, the International Atomic Energy Agency (IAEA), would set up an expert panel to advise it on the potential radiation risks of the plant.

Sunday 15 May 2011

Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun...
Hari khas untuk insan yang bergelar guru..
Terima kasih kepada semua cikgu yang telah mendidik diri ini.
Ilmu yg diberi, sentiasa bersamaku..
kan kusebarkan ia kpd yg lain pula...

Baik untuk Perut

Sape-sape yang nak jaga perut, kene baca ni. #nestlebliss 14 days challenge. You should too!

Ipod jadi talipon... terbaik..

Ipod jadi talipon... terbaik..

Apa itu RINEX?

RINEX adalah data mentah daripada pengukuran GPS secara statik.
Dengan kata mudah, data RINEX ni adalah data GPS dalam bentuk kod yang kite tak boleh faham.
Data ni, kene diproses menggunakan software sperti TGO dll.

Pengukuran statik untuk mengambil data RINEX ini,
biasanya dilakukan apabila 'base station' hendak dibuat.
Ini kerana, ketepatannya adalah lagi bagus,
kerana dalam masa nak proses data ni nanti,
dia akn guna pakai smua Reference Station seluruh dunia,
dan memilih yang terbaik sahaja.. ITRF 2005
Berbanding dengan kaedah lain,
yg menggunakan stesen terdekat shj..


sekian..
selamat mgukur..
 

Tuesday 10 May 2011

NIKON vs CANON

Diskusi pasal jenis kamera DSLR yg mana yang lagi bagus...
Kalu sape2 yang baru nak beli kamera DSLR,
bleh la buat pedoman...
Suka-Suki Zaman Sekarang: NIKON vs CANON

Monday 9 May 2011

Asal Usul Pasir Mas

Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.
Mengikut sejarah...
Pasir Mas  telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau
lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. 
Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah 
tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. 
Pada masa yg sama, terdapat seorang guru agama dari Bachok, 
datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.
Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok 
setelah selesai mengajar...
tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, 
secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. 
Mangkuk ini kemudiannya berpusing 
membentuk pusar di sekitar semak dan 
secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu 
menjerit ‘Mas! Mas!’. 
Perkataan pasir pula, di ambil bersempena dengan  
kedudukannya yang terletak di tebing sungai Kelantan 
yang mempunyai  dataran pasir yang luas. 


Kini...
Terdapat sebuah hospital kerajaan di bandar ini yang

dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1985. 
Pembukaan Hospital Pasir Mas ini telah dirasmikan oleh 
Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, 
Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra 
pada 3 Mei 1986 bersamaan dengan 24 Syaaban 1406 Hijrah. 
Dikalangan warga Pasir Mas, ia masih dikenali sebagai Hopital Lati.
Bandar ini menempatkan stesen keretapi Pasir Mas 
yang meghubungkan Gemas, Gua Musang dengan Tumpat. 
Sebuah kompleks membeli-belah terletak di bandar ini iaitu Plaza Serangkai Mas. 
BandarPasir Mas  
Sebuah bulatan menjadi perhubungsan 
jalan raya penting di pinggir bandar Pasir Mas 
yang menghubunglan Rantau Panjang, Tanah Merah dan Kota Bharu. 
Selain Stadium Sultan Mohammed ke IV di Kota Bharu
 terdapat satu lagi stadium di Kelantan iaitu 
Stadium mini di bandar Pasir /Mas ini.

Faktor 'Bathymetric Chart ' tak cantik.

Dalam kerja ukur, kita ada 3 peringkat utama..

Pertama.. Planning.

Perkara pertama sekali setiap kali nak mula projek, kite mesti kne reccy tapak dan kawasan sekitar projek dulu.
Nampak remeh, tapi benda ni sbenarnya penting ok..
Time ni la kite kne survey kedai makan, keadaan tanah, batu sempadan@datum, suasana kat sne, sibuk @ tak..
Klu tak buat perkara ni, nanti rasalah sdiri kesannya..
Daripada raccy ni la kita akan planning kerja ukur kite..
nak start kat mana, nak habis bile.. dll..

Kedua.. Ukur..

Buat kerja biar penuh ilmu didada k..
Kite bukan buat bisness modal ratus ringgit..
Kaedah ukur biar betul,
Ketepatan kne check.. itu trademark jurukur..
Jangan tipu data k..

Ketiga... Processing.

Peringkat ni bergantung kpd Pringkat kedua tadi..
Kalu teruk kite ukur.. teruk la kite kene proses data..
Klu ukur elok.. senang la nak proses..


Ok... yang jadi isu nye sekarang ni, knape final result tak cantik????

Kalu ikut tajuk, saya nak focus kat 'Bathymetric Chart'
tapi perkara ni sbenarnya umum untuk semua kerja ukur...
Dalam, kerja ukur, adalah penting kita membuat PLANNING..
'THE KEY OF THE BEST RESULT IS PLANNING'
Bdasarkan pengalaman memproses data hydrographic survey,
Saya dapati perkara seperti di bawah ni mesti diberi perhatian;
Datum..
kelajuan bot..
HMS@ alat mengesan pergerakan bot..
Keadaan cuaca..
Kedalaman air..
Survey line spacing..

Kelajuan bot untuk proses ukur yang biasa digunakan adalah 4 knot..
Nak laju boleh.. tapi kne tengok la data..
Bila bot laju, data akan jadi nipis@sedikit..
Skiranya cuaca tak elok, data akan ada byk noise..
byk la data yg kne buang.. so, bile data sikit, data korang akn jadi blubang la..
Line spacing jugak kne planning betul2..
klu standard slalunya 20% overlap...
tapi klu cuaca yang tak brape nak elok, lbih elok klu buat overlap byk cikit..
Daripada kite kne turun ukur lagi skali, baik kite ukur lebih sikit..

'LESS IS BETTER THAN NOTHING'

Selamat Mengukur..

Saturday 7 May 2011

SELAMAT HARI IBU

"...Tiada kata secantik bahasa....
untuk ku puji mu bonda..
Tiada gambar secantik lukisan..
Untuk ku luah prasaan..."

Jasa dan pengorbanan seorang ibu..

Skim Rumah Pertamaku

Berita baik untuk mereka yang berminat dengan SRP iaitu skim rumah pertamaku. dato seri memberi pengumuman khas yang mana hasil dari komen2 dan maklumbalas yang diterima melalui akbar, internet dan sebagainya, bahawa golongan muda yang berumur 35 tahun kebawah yang tinggal disekitar lembah klang tidak mampu memiliki rumah bernilai 220k kebawah disebabkan tidak wujud pun harga rumah  sebegitu disana. oleh itu dato seri telah telah merangka plan khas dengan melantik pihak pemaju perumahaan swasta membina rumah diatas tanah yang akan disediakan oleh kerajaan. dan harga rumah tersebut tidak melibatkan keuntungan. 


Perkara ini akan diumumkan secara rasminya sekitar bulan jun atau julai ini.

Friday 6 May 2011

Foto Terbaru Kematian(Syahid) Osama bin Laden



Betul ke semua ni..?
Dari awal sampai la akhir...
Semuanya dalam bentuk gambar dan video jer..

Betul ke Osama bin Laden wujud..?
Ke... cuma watak yang ditonjolkan oleh USA untuk membedil Afganistan..
Tu semua kite kene pikir2...
Tapi bagi aku,
ini semua adalah drama...

Bila nak buru Mohama Gaddafi, watak Osama dimatikan..
hebat betol la..

Siapa Osama bin Laden ?


Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden (Usāmah bin Muḥammad bin ʿAwaḍ bin Lādin; 10 Mac 1957-- 1 Mei 2011) ialah seorang ahli keluarga bin Laden yang kaya-raya dari Arab Saudi dan pengasas pertubuhan jihad al-Qaeda yang bertanggungjawab atas serangan 11 September di Amerika Syarikat dan banyak lagi serangan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam mahupun tentera. 
Sebagai akibat penglibatannya dan sokongannya kepada jihad pelampau yang menggunakan kekerasan,(Kata Amarika), Osama bin Laden kehilangan kerakyatan Saudi dan tidak diakui lagi sebagai ahli keluarga bin Laden.
Osama bin Laden berada dalam senarai Sepuluh Buruaan Paling Dikehendaki dan Pengganas Paling Dikehendaki oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat kerana penglibatannya dalam pengeboman kedutaan-kedutaan negara tersebut pada tahun 1998.
Sejak tahun 2001, Osama bin Laden dan pertubuhannya menjadi sasaran utama dalam Perang Terhadap Keganasan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Bin Laden dan ketua-ketua al-Qaeda yang lain dipercayai bersembunyi berdekatan Kawasan Kabilah Tadbiran Persekutuandi Afghanistan dan Pakistan.
Pada 1 Mei 2011, Presiden Amerika SyarikatBarack Obama mengumumkan di saluran televisyen kebangsaan bahawa bin Laden telah dibunuh oleh pasukan tempur SEAL Amerika di AbbottabadPakistan[3][9] dalam operasi rahsia yang diluluskan oleh Presiden Barack Obama.
Osama bin Laden, dilahirkan pada tanggal 28 Jun 1957 di kota JeddahArab Saudi, kawasan pantai Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang anak bersaudara.
Bapanya bernama Mohammed bin Laden, adalah seorang petani miskin dari Yaman yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia II. Di tempat yang baru ini Mohammed bin Laden memulakan kerjayanya yang baru bergerak dalam bidang perniagaan pembangunan. 
Pada akhirnya beliau mendapat banyak kontrak bagi pembangunan masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah Arab Saudi. Oleh kerana itu beliau telah mengembangkan tali persahabatan yang sangat akrab dengan keluarga Kerajaan Saudi. 
Osama bin Laden kemudian telah menjadi salah seorang yang paling kaya di Arab Saudi, yang dianggarkan memiliki aset jutaan dollar Amerika Syarikat. Dari keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah hampir 300 juta dollar Amerika.

Wednesday 4 May 2011

Beza RTK dan DGPS

Kaedahnya same, cuma situasinya berlainan..
Kedua-duanya menggunakan konsep Base dan Rover..

Beza...
adalah terletak pada Base (Known Point)..

Kalu nak buat RTK, kite mesti set up base dekat nga kawasan projek..
Hanya satu jer Base diperlukan..
Tapi, kalu nak buat DGPS, kite boleh gune mane2 base yang paling dekat dengan kite..
Sekurang2nye 3 base yang paling hampir..

Mane satu yang lebih ACCURATE?

Drpd cara pilih Base tu pun kite dah boleh agak yg mane lagi accurate..
RTK la yg lebih accurate.. nearest cm..
DGPS nearest desimeter..

Untuk pengetahuan, kaedah DGPS lebih byk digunakan untuk kerja ukur Hydrography..


Sekian..
Selamat Mengukur..

Apa itu 'Real Time Kinematics' RTK?

RTK adalah merupakan salah satu kaedah dalam pengukuran GPS.
Kalau nak lebih mudah faham, kita teliti dulu maksud RTK..
KINEMATIK bermaksud kaedah yang bergerak-gerak..
Konsep Base dan Rover digunakan..
REAL TIME pulak bermaksud data yang diperoleh dapat diproses terus oleh
GPS receiver..
Dgn kata lain, kite akan dapat data yg betul 'corrected data' bkn 'raw data'

So, beza kaedah Kinematik dan Real Time kinematics cuma
terletak pada kemampuan alat GPS receiver sahaja..
Kalu alat tu mampu membetulkan data, maka boleh la buat RTK..

Tapi apa pulak bezanya dengan kaedah DGPS?
Baca kat post lagi satu k..

Slamat Menngukur..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tawaran Menarik.!