Monday 9 May 2011

Asal Usul Pasir Mas

Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.
Mengikut sejarah...
Pasir Mas  telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau
lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. 
Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah 
tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. 
Pada masa yg sama, terdapat seorang guru agama dari Bachok, 
datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.
Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok 
setelah selesai mengajar...
tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, 
secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. 
Mangkuk ini kemudiannya berpusing 
membentuk pusar di sekitar semak dan 
secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu 
menjerit ‘Mas! Mas!’. 
Perkataan pasir pula, di ambil bersempena dengan  
kedudukannya yang terletak di tebing sungai Kelantan 
yang mempunyai  dataran pasir yang luas. 


Kini...
Terdapat sebuah hospital kerajaan di bandar ini yang

dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1985. 
Pembukaan Hospital Pasir Mas ini telah dirasmikan oleh 
Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, 
Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra 
pada 3 Mei 1986 bersamaan dengan 24 Syaaban 1406 Hijrah. 
Dikalangan warga Pasir Mas, ia masih dikenali sebagai Hopital Lati.
Bandar ini menempatkan stesen keretapi Pasir Mas 
yang meghubungkan Gemas, Gua Musang dengan Tumpat. 
Sebuah kompleks membeli-belah terletak di bandar ini iaitu Plaza Serangkai Mas. 
BandarPasir Mas  
Sebuah bulatan menjadi perhubungsan 
jalan raya penting di pinggir bandar Pasir Mas 
yang menghubunglan Rantau Panjang, Tanah Merah dan Kota Bharu. 
Selain Stadium Sultan Mohammed ke IV di Kota Bharu
 terdapat satu lagi stadium di Kelantan iaitu 
Stadium mini di bandar Pasir /Mas ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tawaran Menarik.!