Wednesday 23 November 2011

Rezeki Allah s.w.t

Rezeki Allah memang banyak. Setiap umat manusia memang tidak akan terlepas dari mendapat rahmat rezeki daripada Nya. Cuma.. hanya yang bersyukur sahaja dapat merasai nikmat rezeki Nya. Berkahwin awal... setiap orang ada pandangan tersendiri mengenainya. Ada yang kata bagus,namun tak kurang juga yang tidak setuju. Namun, setiap pandangan itu ada kebenarannya.
Tapi.. bukan persoalan itu saya nak kongsikan di sini. Pada saya perkahwinan itu satu bentuk rezeki Allah kepada hambaNya. Namun, kita harus ingat bukan senang untuk senang.. Untuk mendapatkan sesuatu nikmat, kita harus rajin berusaha. Keputusan untuk berkahwin awal bukanlah suka-suka saya ambil, tapi nikmat disebaliknya yang dikejar. Ramai yang tahu akan kebaikan berkahwin, tapi tak semua yang ingin berkahwin awal. Samalah seperti mengerjakan haji.. ramai yang tahu keistimewaan melawat rumah Allah itu, tapi tak ramai yang menyimpan angan-angan untuk melancong ke sana awal-awal. Tanyalah pada orang ramai, kalau diberikan duit tempat yang mana dulu yang hendak di tuju.
Rumahku syurgaku.. bagaimana syurga tanpa bidadari? Pada yang tinggal bersama keluarga, ada adik perempuan, kakak ataupun ibu.. beruntunglah, kerana merekalah penyeri. Namun takkan selamanya menjadi milik anda. Seorang sahabat pernah berpesan melalui pengalamannaya "Usah risau, bila tarikh kahwin sudah ditetapkan, rezeki akan datang mencurah-curah." Dan itu memang berlaku pada saya, Selepas mempunyai tarikh, saya dihantar ke Sabah selama 2 bulan, di hantar ke Johor selama 2 bulan. Allah itu Maha Pemurah, baru saja saya pulang ke darat sehari, abang di kampung menelefon membacakan surat melapor diri di sebuah institusi. Syukur Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, inilah rezeki yang membuatkan saya cukup tersentuh. Saya diberikan tempat kerja yang bagus, tempat tinggal yang selesa. Dan kerja baru ini tidak lagi memerlukan saya berjauhan dengan bakal isteri saya nanti. Ya Allah, aku bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang telah kau berikan ini. Carilah rezeki Allah.. Sesunguhnya Allah suka kepada yang berusaha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tawaran Menarik.!