Wednesday 14 December 2011

Pelaburan Jongkong Emas dengan Serambi Emas







Assalamualaikum.

Sekadar untuk berkongsi. Terpampang kat harian Metro hari ni pasal Syarikat Bumiputera Serambi Emas yang menawarkan pelaburan jongkong emas.

Bagi saya, tawaran syarikat ni menarik, satu idea yang bagus untuk pelaburan jangka masa panjang. Tak perlu modal besar untuk beli satu jongkong emas.



JONGKONG EMAS 100gram tu ???

Kalau dulu, siapa yang mampu nak beli jongkong emas ni... Dengar pun dah mengeluh.. tapi barang kemas boleh pulak kita beli..

Kalau ikut apa yang saya faham, caranya mudah saja. Kita hanya perlu sediakan duit tunai sebanyak 35% sahaja daripada harga Jongkong Emas 100gm. Baki 65% lagi akan dibayar oleh Ar-Rahnu AgroBank atau mana-mana bank lain yang menawarkan sistem Ar-Rahnu. Jadi, secara tak langsung, kita meminjam 65% nilai wang tadi dengan AgroBank. Tapi ini bukan pinjaman biasa. Kita tidak terikat untuk membayar secara bulanan. Cuma lambat habis bayar, lambat la dapat Jongkong emas tu.

Tapi jangan lupa, ini sistem gadaian... ada upah simpan 7.8% setahun.. Jangan risau, tak susut untung pun.. Bank ada bagi tempoh luput minimum selama 6 bulan.

Katalah harga 100gm = RM 10 000
                          35%= RM   3 500
                          65%= RM   6 500  - Di bayar oleh Agro Bank.
    Upah simpan 7.8%= RM     780/thn  =  RM 65/bln.

Maknanya kalau nak dapatkan jongkong tu dalam masa setahun, kita perlu bayar sebanyak (RM6500/12)= RM541.70+RM 65      = RM 606.70 sebulan. Ini secara kasar, bukan harga emas sebenar. 

 Kalau nak tahu lebih lanjut, tengok la sendiri kat website diorang k...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tawaran Menarik.!